Thursday, September 22, 2016

Cerita hari ini

Assalamualaikum semua

Hari ni banyak cerita pasal klinik. Pagi2 lagi dah ke klinik untuk cek gigi ummi dan mujahid. Pergi klinik pukul 8, doc gigi sampai pukul 10 pagi..huhu.. tapi ummi tak nak komen apa2. Mungkin doc tu ada urusan penting yang lain.

Lepas cek semua ok. Masa cek mujahid, meraung2 anak ummi takut sebab doc tu pakai mask agaknya..hehe.. dalam 10.45 pg dh siap. Itu pun minta turn awal dengan pihak klinik. Sebab ummi kena balik sekolah lagi, ada kelas. Itu pun K.Nad tolong cover sekejap.

Lepas hantar mujahid dan mama nya ke rumah, ummi ke sekolah semula. Petang dekat pukul 2 ke klinik pusa. Masa ni orang tak ramai. Sekejap je tunggu terus dipanggil maauk bilik doc. Doc scan baby, ikut saiz baby tu due ummi awal seminggu iaitu 2 April 2016. Melompat2 baby masa scan tu..hihi..bulan 10 nanti kena ke klinik lagi untuk scan lanjutan. Harap2 anak2 ummi sentiasa sihat dan aktif. Paling penting jadi anak soleh solehah yang sentiasa doakan ummi abi.

Tunggu abi sekejap. Abi ada urusan bayar bil dan bukak asb mujahid di pejabat pos. Lepas tu abi ambil ummi dan kami pergi shopping..hehe shopping lah sangat..
Yang penting dapat makan aiskrim dihari yang panas. Alhamdulillah semuanya nikmat dari Allah..