Thursday, April 13, 2017

WANITA HAMIL BOLEH NAIK FLIGHT

Assalamualaikum wbt semua..
Lama dah ummi tak bersiaran. Maklumlah busy berpantang..hehe
Entri kali ni ummi nak cerita prosedur wanita hamil untuk travel by air..

Ummi travel dari Sarawak ke Kelantan masa kandungan 36 minggu. Ni naik MAS..kalau Air Asia sehingga 34 minggu je.

Jadi apa prosedur yang perlu?

1. Dapatkan surat pengesahan dari doktor bahawa kita fit to travel by air..
Maksudnya tak ada masalah kesihatan atau masalahbkandungan lah ye.

2. Dah dapat surat doktor, masa check in and drop bag tu mcm biasa. Ummi hari tu tanya kat kaunter..pasal borang pengakuan mengandung tu.. tapi bukan isi di kaunter ye ibu ibu..hehe

3. Dah lepas imigresen semua..masa kat gate nak boarding tu biasanya akan ada pegawai airlines yang bertugas. Jadi ibu2 jumpa pegawai tu dan bagitau yang kita ni mengandung. Ada apa2 borang yg perlu diisi ke? Gituhh dialognya..hihi..

Masa kat airport Kuching..pegawai tu tanya juga pregnant berapa minggu dan tanya surat doktor..dia tanya je..tak tengok pun surat tu..hoho..lepas dah isi semua..beres dah..

Masa transit di KLIA..sekali lagi kena buat benda yg sama lah..isi borang yang sama..masa ni pegawai tu tak tanya pun mengandung berapa bulan dan surat doktor tu.. jadi tengok atas pegawai yg bertugas lah ye dia nak tanya ke tak..tapi apa2 pun tetap kena prepare..

Jadi macam tu jelah kisahnya kalau ibu2 nak naik flight masa mengandung..

Psst..ada ibu2 nak order produk shaklee? Order dgn ummi pun boleh..hihihi..

No comments:

Post a Comment